Tanggungjawab kerajaan, masyarakat dan individu bertanggungjawab ialah memelihara, melindungi dan menjaga anak yatim yang tertindas, bukan membiarkan mereka diperlakukan seperti peminta sedekah. Sudahlah mereka ketiadaan ibu bapa, hidup sebatang kara, disisih keluarga sendiri, tiada belaian kasih sayang sejak kecil maka PEKAYA memainkan peranan memberi ilmu pendidikan dunia dan akhirat supaya anak yatim mempunyai ciri-ciri kreatif,inovatif,motivated dan berdaya saing.